Penulisan : Kesalahan-kesalahan biasa dalam karangan.

Bacalah karangan ini dengan teliti. Tandakan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut.

Soalan : Perihalkan suatu cerita berdasarkan peribahasa “Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga…”

Hujan turun renyai-renyai. Orang ramai saling berbisik-bisikan tertanya-tanya tentang mayat di hadapan mereka. Ianya ialah kelima dalam masa dua hari ni. Semua orang mangsa kejadian dikelar dan dilontar ke halaman Hermosa Vila ini.  Kesemua mangsa ini juga adalah pelancong yang menginap di vila mewah itu. Vila memah ini terletak di tengah pulau yang terasing di Hokkaido. Oleh kerana hujan lebat berpanjangan, mereka tak boleh keluar dari pulau tersebut.

Mereka datang ke sini demi untuk perkhemahan luar kampus yang dianjurkan oleh kelab pengarang universiti mereka.  Seramai lima belas pelajar yang hadir untuk menyertainya. Namun kematian lima orang pelajar mengemparkan mereka. Ali, warga Malaysia, Alves dan Hermess, warga Argentina, Ilchmich, warga German, dan Minamoto, warga Jepun ialah pelajar pelajar yang terkorban dalam kejadian ini.

Selain daripada pelajar-pelajar tersebut, ada lagi 10 pelancung lain serta 8 pekerja di vila tersebut. Ianya menjadikan 28 suspek pembunuhan. Termasuklah Teves, adik kepada mangsa yang terbunuh. Walau bagaimana, ada seorang pelajar yang merupakan waris kepada detektif yang terkenal, iaitu Hajime. Dialah harapan untuk mencari pembunuhan itu.

“Pembunuh memilih kawasan tertutup ni, di mana kita tak boleh keluar dari pulau ini!” Ujar tenang Hajime. Semua orang yang berkumpul di ruang tamu memandangnya.

“Biar putih tulang, jangan putih mata. Kita mesilah bersatu-padu membanteras pembunuh itu!” Kata Helmi, seorang pelancong daripada Malaysia.

Penyiasatan dimulakan dengan mencari bukti dan alibi. Setelah disoal bicara satu per satu, mereka mula menemukan motif pembunuhan. Sementara itu, pembunuhan telah dijalankan seperti biasa. Dua lagi mangsa di bunuh pada hari ketiga, menjadi bilangan terkorban ialah tujuh. Penyiasatan telah menemui jalan buta. Hajime hamper buta huruf mencari siapakah pembunuh sebenar.

“Pembunuh sebenar kejadian ini, siapakah?” Hajime masih tertanya-tanya. Tiba-tiba, ada seketul bateri sel kering bergolek dari arah lorong yang gelap. Bateri itu masih baru.

“Aku sudah tahu, siapatah penbunuh yang sebenarnya!” Hajime berlari masuk ke dewan.

Dalam dewan, semua orang berkumpul untuk makan malam. Peluang ini digunakan Hajime untuk mendedahkan misteri itu. Dari masa ke semasa dia berusahaan mencari bukti dan motif sebenar aktiviti itu. Dia mahu menghentikan pembunuhan yang kejam tu.

“Saya dah tahu siapa pembunuhannya.” Kata-kata Hajime mengejutkan semua orang suspek di sekelilingnya.

“Pembunuhnya adalah kamu!” Akhirnya, pembunuh itu berjaya diberkas. Mereka kagum dengan cara pembunuhan licik oleh si bunuh itu. Benarlah pepatah-pepatah orang tua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Pemahaman :

1.      Lokasi kejadian ini terletak di mana?

2.      Watak utama cerita ini?

3.      Peribahasa yang ada dalam cerita ini?

4.      Nyatakan plot klimaks bagi cerita tersebut.

5.      Ulasan cerita, tidak kurang daripada 30 patah perkataan.

Kosa Kata

Motif   :                                                           Berkas   :

Kelar   :                                                           Kampus :

Waris   :                                                           Suspek  :

Licik    :

Alibi    :

5 Responses to “Bahagian C – Kesalahan biasa dalam karangan”

  1. aiman aisyah Says:

    i ni mamang seronok la

      1. nubli -.- Says:

        korang ni mcm nk gaduh je -.-

  2. amira Says:

    x best langsung

  3. FazuraSingaporeGirl Says:

    Saya tidak faham karangan ini

Leave a comment