Wira Persona Avatari

Sipnosis

Pasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline, Aina, dan Anjali sudah bersiap sedia meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan, diikuti oleh Anas, Aina, Zuriani, Pauline, dan Anjali. Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik presalinan itu, seorang lelaki cina dan seorang lelaki india. Berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki india itu berjaya diberkas oleh Anas dan Adeen manakal lelaki cina itu meloloskan diri setelah menembak Aina. Aina akhirnya pengsan ke pangkuan ibunya, Maizan.

Aina merupakan seorang anak murid yang tabah dan tekun. Semasa waktu rehat, Aina masih berada di dalam bilik darjahnya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya melalui jaringan internet. Zuriani, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang ditampalkan di papan kenyataan.

Semasa abangnya, Anas pulang, Aina segera memberitahu Anas tentang Pertandingan Avatari itu. Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina asyik melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut tantang Pertandingan Avatari itu. Mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu. Akhirnya mereka mendapatkan bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari yang pertama dulu. Mereka sudah ada empat orang dalam pasukan yang akan bertanding nanti. Mereka hanya memerluakan seorang lagi ahli untuk memenuhi syarat lima orang ahli dalam satu pasukan. Aina mencadangkan Adeen, anak profesor Zakri. Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia akhirnya menarik diri.

Anas, Aina, Pauline dan Adeen menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. Anas dan Pauline berbincang untuk mencari pengganti Kumar. Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai Pasukan Zamrud II.

Zuriani merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirirnya. Aina memujuk Zuriani untuk menyertai Pasukan Zamrud II sebagai alasan pasukan simpanan.

 

Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Salah satu halangan yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. Sebagai akibatnya, Aina, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II kene tembak. Kemudian, cip mikroelektronik mesin avatari Pasukan Zamrud II telah dicuri oleh Anjali, ahli Pasukan Zamrud II sendiri. Kejadian sabotaj ini menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir keluar daripada pertandingan. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan, kemahiran, dan keberanian ahli-ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan dan permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya. Pasukan Zamrud II akhirnya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

 

Bab 1 : Poster Misteri

  • Enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani berjalan ke arah bilik persalinan – bersiap untuk meruskan cabaran terakhir – bermula pada jam 3.00 petang – Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan – seorang lelaki cina bernama Ah Kong dan seorang lelaki india bernama Samy – baju-baju khas Pertandigan Avatari sedang dibelek oleh mereka lalu mencampakkannya ke lantai – mereka hendak lari tetapi dihalang oleh remaja berenam – suasana menjadi tegang dan cemas – Samy mengeluarkan sebilah pisau – Ah Kong hendak lari tetapi dihalang Aina – Ah kong mengelarkan pistol lalu menembak Aina – Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri – Aina menjadi semakin lemah dan akhirnya pengsan ke pangkuan ibunya.
  • Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun – Aina masih berada di dalam kelasnya walaupun ketika rehat – Zuriani kawan sekelasnya tiba – Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan – Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

 

 

Bab 2 : Kamar Bicara

 

  • Aina terus mendapatkan abangnya, Anas dan memberitahunya tentang suatu berita penting – Anas kelihatan muram dan seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang disampaikan oleh Aina – apabila Aina menyebut “Avatari”, Anas menjadi teruja – Anas terkenang akan ayah mereka yang meninginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu – Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut – sudah enam bulan ayah mereka dan pasukannya hilang dalam ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman – Aina merindui ayahnya.
  • Aina dan Anas asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai Pertandingan Avatari – mereka berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari – mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer – Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo.

 

Bab 3 : Pasukan Zamrud II

 

  • Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali – mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari – harga bagi sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari adalah sangat mahal – mereka memikirkan siapakah yang sanggup menaja mereka – Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari – Anas menelefon Pak Cik Ho – Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab dan memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada – Anas meninggalkan pesanan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali.
  • Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho – Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina – pasukan Avatari Anas dan Aina dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan pasukan mereka itu – mereka memerlukan seorang lagi ahli yang hebat mengatur cara komputer – aina teringat akan Adeen, anak profesor Zakri – Aina cuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

 

Bab 4 : Libasan Pari

 

  • Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menuggu Adeen di pusat permainan video Game Star – Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen – Pauline tidak senang dengan sikap Kumar –  Anas cuba menenteramkan pertelagahan antara Pauline dan Kumar – akhirnya Adeen sampai – Kumar melihat Adeen dengan sinis dan dia tidak yakin dengan kebolehan Adeen – Aina memperkenalkan Adeen kepada Kumar dan Pauline – Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakan teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen.

 

 

  • Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star, untuk mendengar taklimat daripada beliau – Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long – Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu – semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar.

 

Bab 5 : Senteri Muda

 

  • Anas, Aina, Pauline dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando – untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.
  • Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II – Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih milik pak Cik Ho itu perlu diubahsuai lagi – CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur – Pak Cik Ho akur akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu – Adeen mencadangkan cip mikroelektronik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz.

 

Bab 6 : Ribut Dalam Cawan

 

  • Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star semas Adeen mengubah suai mesin Avatari – berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar – Pauline mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka – Anas tidak bersetuju – baginya Kumar terlalu angkuh – Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategegi pertempuran.
  • Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star – Anas lalu di bahagian permainan video Robot War –  banyak remaja berkumpul di situ – Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War – dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan.

56 Responses to “Novel Tingkatan 2 – Wira Persona Avatari”


  1. Saya harap ada contoh jawapan peristiwa yang berkaitan dengan nilai.

  2. alex Says:

    y only got 6 bab ?

    1. Haeun Says:

      Mybe only in section 6 admin know 🙂

  3. sarina smabk Says:

    sangat baik
    tq…..

  4. shasi Says:

    y only got 6 bab ?

  5. sayanoob Says:

    huhuh tq.. dapat jugak siapkan sinopsis .. nanti kne bentang . aku dah bingung … alhamdulillah ada pun kt snie membantu (y) Good Job

  6. SweetyGirl Says:

    1.Terime kasih sbab bagi ringkasan untuk Wira Persona Avatari…Bab2.
    2.Knape bagi Klu jew…..
    3.Nape x bagi jawapan terus jew

    1. AAA Says:

      usaha la skit…ha..ha..ha

  7. ikin Says:

    Adududududu -.- nak jawapan contoh peristiwa kat nilai , pleaseeeee (Y)

  8. siti nurul hiddayu Says:

    alaa.. bab7 mane..?? 😦

    1. akmalkamal Says:

      bab7 mana ??

  9. Pembenci perosak bahasa Says:

    lol aku comment sebab SweetyGirl kat atas ni serious girly (geli) ohh ayat dia

  10. khaiyal vili Says:

    heyoo saya nak buat sinopsis bab 7 !!! itu tak ada lah pulah..

  11. harveen Says:

    mengapa hanya ada bab sehingga bab enam sepatutnya hingga bab 12

    1. AAA Says:

      BIARLA…..

      1. Haeun Says:

        Agreed ! learn to find their own answers 🙂

  12. cookie Says:

    bab 7 di mana ??? TT aiyooo

  13. LeeSang Says:

    huuu,x de sinopsis yg lagi ringkas ke?

  14. Natsu Dragneel Says:

    synopsis xcukup lengkap

    sincerely,
    Natsu,Fairy Tail

    1. AAA Says:

      SUKA ATILA…WOO..WOO….WOO…

    2. Haeun Says:

      You can create your own sipnosip way 🙂

  15. risha Says:

    very worse
    i am sorry to tell that

    1. myself. Says:

      so true

    2. Haeun Says:

      You should be grateful to the author of this blog do not only want to criticize.

    3. Cupcakechan Says:

      Good england u got there


  16. Yg ni mmg sinopsis bab 2 kan? Kk thanks much

  17. ikhwan Says:

    mane bab 7

  18. Yu Cheng Says:

    Sidikit shj

  19. thiviyaa@thiya Says:

    hey.. hey.. i already finished my hmwrk….
    thank youu!!!!

  20. hisay Says:

    bab 7 manerrrrrrrr?????

  21. karsema Says:

    thank you for helping but wheres bab 7? onnce again you have done a good job😃😃😃👯😥😃😉😄😇😄😉😁😅😄😉😁😅😉😊

  22. ace Says:

    aku dah siap kerja saya

  23. diego costa Says:

    isinya kurang……….bosan


  24. I have to tell with full of my heart. This is the worst story I had ever read. Not logical at all. But still exam is near, I have no choice to waste my time of my life to study this creepy story with full of nonsense. Novel nowadays are getting racist huh?

    1. myself. Says:

      yes it is
      they are making the malays at the top and making the indians not responsible, very rude, and also as gangsters and by the way, i hate my brotehr

      1. m afiq Says:

        exactly this novels doesnt make sense to me

    2. Haeun Says:

      You know that getting closer examination. But, what are you doing? do not whine if something we can not resolve, learn to accept our mistakes.

  25. Harbinger of Truth Says:

    Novel Hater, not trying to be a narcissist here, but thou hath failed thine grammar test (if there was one).

  26. yamu Says:

    good short story .i interested in this story

  27. suganya chandram Says:

    thank you!For every thing

  28. suganya chandram Says:

    this is very useful!thank u sososososososososo much

  29. gong Says:

    tq !! ##

    1. picee Says:

      not bad

  30. putra hafiz Says:

    Yea akhirnya siap juga rumusan bab2

  31. Tan Yi Jun Says:

    kenapa tak ada bab10

  32. kagamine len Says:

    6 bab jer?

  33. Sehrish Says:

    Umm.. Tq sebab ringkaskan bab – bab novel ni tetapi sampai bab 6 je klau boleh tambah bab sampai habis
    Terima Kasih Sekali Lagi ^_^

  34. Noraini Aris Says:

    Harap2 apa yg aqu baca nie…dapat lulus utk pt3 nnti aminnn…

  35. m afiq Says:

    cantik aah website ini

  36. alia Says:

    Naseb ade…fuhhh…siap jgk

  37. saje nk komment Says:

    nak hingga bab 12……….. T_T

  38. norhasliza Says:

    mane bab yg lain

  39. pravin Says:

    kenapa 6 bab shj

  40. fakherullahzeahari Says:

    Saya takde otak, kesian saya.

  41. nurul masyitah Says:

    Nk peristiwa menarik..😃😃pliss

  42. haziq Says:

    sangat bagus untuk pembacaan

Leave a comment