KATA SENDI NAMA.

•Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
•Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.

Contoh:
Surat ini ditujukan kepada Ahmad.

Penjelasan:
Dalam ayat ini, kepada ialah kata sendi manakala Ahmad ialah objek bagi kata sendi tersebut.

Kata Sendi Nama : Jenis-jenis.

~KE~
1.      Tempat
2.      Benda konkrit  (tak bernyawa)
3.      Masa
contoh:
1.      Saya pergi ke Pahang.
2.      Bola itu dicampak ke dinding.
3.      Dia belum pulang hingga ke hari ini.

~KEPADA~
1.      benda konkrit(bernyawa)
2.      benda abstrak(kecuali masa)
contoh:
1.  Buku itu diserahkan kepada Ali.
2.  Penyakit itu membawa kepada penderitaan.

~DARI~
1.      arah
2.    tempat
2.       masa
contoh:
1.   Ali muncul tiba-tiba dari belakang Abu.
2.   Pemain itu berasal dari Kelantan.
3.`  Dari pukul lapan pagi lagi, latihan sudah dijalankan.

~DARIPADA~

Umum
1.      Orang
2.      asal kejadian
3.      perbandingan
Contoh:
1.    Bunga  itu  hadiah daripada guru.
2.   Kerusi dibuat daripada kayu.
3.   Aisyah lebih cantik daripada  Swee Lan.

~DI~
1.     tempat (sahaja, selain daripada itu, tidak dikira sebagai kata sendi, sebalik imbuhan di-)
Contoh
1.    Saya tinggal di Jalan Utara.

~PADA~
1.   masa
2.  orang
3.   benda abstrak
contoh :
1.    Pada zaman ini,komputer adalah penting.
2.    Buku itu aada pada Ali.
3.    Pada pendapat saya,ayat
itu salah.

Lengkapkan petikan di bawah ini dengan kata sendi yang sesuai.

Media massa ialah alat komunikasi yang penting dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat berpengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan ________ media massa ____________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan ___________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini amat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan ___________mencapai Wawasan 2020. Oleh sebab itu, media massa mestilah sanggup mengetepikan soal keuntungan ____________ menjayakan usaha ini. Selain itu, media massa mestilah menyampaikan maklumat yang tepat, padat, dan berasas _____________ pemikiran masyarakat _____________ negara kita tidak terpesong ___________ landasan kebenaran.

Soalan 1 hingga Soalan 3
Sebahagian daripada ayat-ayat di bawah ini telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.


1.

Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari telah dimasuki pencuri semalam.

A.

Pejabat Encik Daud  terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari

B.

Pejabat Encik Daud yang terletak sebelah Kompleks Daya Sari

C.

Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Daya Sari

D.

Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari

2.

Sebaik saja saya tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada hari tersebut telah dibatalkan.

A.

Sebaik saja saya tiba di sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

B.

Sebaik saja saya tiba  sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

C.

Sebaik saja tiba, saya ke sana saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

D.

Sebaik saja saja tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

3.

Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana wajah kedua-dua mereka serupa.

A.

Saya sukar membezakan antara Talib dengan kembarnya kerana wajah

B.

Saya sukar membezakan antara Talib daripada kembarnya kerana wajah

C.

Saya sukar membezakan di antara Talib dan kembarnya kerana wajah

D.

Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana wajah


Soalan 4 dan Soalan 5
Pilih ayat atau ayat-ayat yang
betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.


4.

I

Oleh kerana demam, Hasni tidak pergi ke sekolah.

II

Hadiah ini akan diberikan kepada pemenang pertandingan itu.

III

Acara yang gilang-gemilang itu berlangsung hingga petang.

IV

Kursus yang ditawarkan bersesuaian minat saya.

A.

B.

C.

D.

I dan II sahaja
II dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
I, II, III, dan IV

10.

I

Saleh dan rakan-rakannya sedang berbincang tentang pelajaran mereka.

II

Bas itu akan bertolak dari sini pada pukul 10.00 malam.

III

Beg tangan itu mahal kerana dibuat daripada kulit buaya.

IV

Ayah pergi pejabat dengan menumpang kereta Encik Maniam.


A.
B.
C.
D.

I dan III sahaja
II dan III sahaja
I, II, dan III sahaja
I, II, III, dan IV

2 Responses to “Kata Sendi Nama”

  1. JessNeus Says:

    Tq :3 this made easy ^_^

  2. person Says:

    jawapan dia x ada eh ? untuk tujuan penyemakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s