Untuk pelajar saya iaitu murid tingkatan 2 dan 3, sila muat turun bahan untuk latihan bagi kelas zoom (pelajar Perfection Rawang) yang akan berlangsung pada hari Ahad, 15 OGOS 2021.

Pastikan anda memiliki salinan sama ada salinan keras (cetakan) atau salinan lembut (dokumen maya) sebelum kelas bermula. Muat turun nota di bawah:

Berikut merupakan tentatif untuk sesi kelas ZOOM (Perfection Academy Training)

Tingkatan 2 – 11.00 pagi

Tingkatan 3 – 11.50 pagi



Untuk guru-guru yang berminat untuk membeli bahan pengajaran tersebut (berbentuk format powerpoint) bagi pengajaran dalam talian (zoom) atau sebagainya, sila hubungi saya (012-3387287 – Whatsapp digalakkan) untuk maklumat lanjut.

Bahan (powerpoint) tersebut berdurasi antara 45 minit ke satu jam bergantung pada pedagogi pengajar.

Bagi yang berminat untuk sesi Zoom bersama saya, juga dialu-alukan menghubungi saya (012-3387287 – Whatsapp digalakkan)

Rumusan/Petikan membincangkan usaha-usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya di Malaysia.

Salah satunya ialah pengeluaran lesen memandu mestilah diperketat. Selain itu, pemandu – pemandu perlulah menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti. Selanjutnya, pemandu hendaklah dihukum dengan lebih tegas sebagai pengajaran. Di samping itu, setiap pelajar wajarlah dipupuk dengan elemen sivik. Seterusnya, ibu bapa, sekolah dan masyarakat haruslah menyemai nilai-nilai murni dalam pemanduan. Berikutnya, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlulah dikekalkan.

Kesimpulannya, setiap pihak seyogianya berusaha menangani insiden kemalangan jalan raya dengan lebih efisien agar menjamin keselamatan diri dan pengguna-pengguna yang lain.

(88 patah perkataan)