Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.

Kata Hubung

Contoh Penggunaannya

Apabila Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak  itu.

*Kata hubung apabila tidak boleh digantikan dengan kata bila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya.

Supaya / agar Anda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang. (atau)

Anda perlu berakhlak mulia agar anda  dihormati orang.

* Agar dan supaya mendukung makna yang sama  .Oleh itu, pilihlah salah satu saja.

Oleh sebab Pertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan

* Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung

Jika / sekiranya Saya akan  datang jika hari tidak hujan.

Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan.

*Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja.

Latihan 1

Cari kesalahan dalam ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, baiki kesalahan tersebut.

1. Saya menoleh ke belakang bila mendengar nama saya dipanggil orang.
Pembetulan:
2. Daud tidak peduli, sama ada menang dan kalah dia tetap mahu menyertai pertandingan itu.
Pembetulan:
3. Kamu hendak ke Ipoh ataupun Seremban?
Pembetulan:
4. Oleh kerana kepenatan, Juridah tertidur di ruang tamu rumahnya.
Pembetulan:
5. Jangan hendak menolong saya, menegur saya pun dia tidak mahu.
Pembetulan:
6. Saya yakin usaha yang berterusan pasti akan membuahkan kejayaan.
Pembetulan:


Latihan 2

Bina ayat daripada kata-kata yang berikut.

1. tetapi
Ayat:
2. kecuali
Ayat:
3. sekiranya
Ayat:
4. sungguhpun…namun
Ayat:
5. sejak
Ayat:
6. lalu
Ayat:


Latihan 3

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.

1. I Murid-muirid bersorak gembira bila mendengar pemgumuman itu.
II Sebelum pulang, Kuhan mengunci pintu bilik itu.
III Sejak kejadian itu, Lili dan Munirah tidak bertegur sapa.
IV Oleh kerana ketakutan, Hwang tidak dapat menjawab soalan itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
2. I Sehingga kini, masalah itu masih belum selesai.
II Setelah perniagaannya gagal, barulah Junaidi sedar akan kesilapannya.
III Walaupun hidupnya susah tapi dia tidak pernah meminta-minta daripada orang lain.
IV Jangankan kapal terbang, kereta api dia belum pernah naik.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
3. I Beg kulit itu cantik tetapi harganya mahal.
II Baik abang mahupun kakak tidak suka berkebun sayur.
III Umi tidak dapat menyaksikan konsert itu kerana dia tidak mempunyai tiket.
IV Saya tahu kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
4. I Sejak dari semalam, hujan turun tidak berhenti-henti.
II Puan Leha berdoa anaknya kembali ke pangkal jalan.
III Daging itu hendaklah direbus sehingga empuk.
IV Jika kemarau berlarutan, tanam-tanaman pasti banyak yang akan mati.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
5. I Inas dan Rina sibuk membersihkan bilik darjah manakala rakan-rakannya yang lain asyik berbual saja.
II Setelah penat bekerja, Pak Mail berehat di bawah sebatang pohon.
III Pengunjung yang datang bukan dari dalam negara tetapi juga dari luar negara.
IV Semua pelajar sudah menyiapkan kerja mereka kecuali Hanif.
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, dan IV sahaja

3 Responses to “Kata Hubung”

  1. rohani Says:

    akum..nak tanya apa beza penggunaan kata hubung “dan” dan “serta”…

    1. Harima Says:

      Dan dan serta sama maksudnya, tetapi penggunaannya agak berbeza.

      Eloknya guna ‘dan’ dahulu sebelum serta.

      Contoh;

      Teknologi sains dan teknologi sangat penting untuk memastikan kemajuan negara serta melahirkan insan yang berdaya saing.

Leave a comment