Bab 4 – Semalam yang kembali

Tomoya. Sudah 8 tahun Kotomi tidak bertemu dengannya. Lelaki itu sudah berubah ketinggiannya. Suaranya pun tidak secomel dahulu. Saiz badan, gayanya, dan setiap inci fizikal kecuali setiap raut wajah Tomoya sudah berubah. Matangkah dia? Dewasakah dia? Persoalan itu sentiasa mengusik hatinya. Tomoya. Lelaki itu sentiasa menunjukkan wajah seriusnya. Seolah-olah, ada kekosongan dalam hati lelaki itu. Kekosongan yang terlalu amat dalam lohongnya untuk diisikan.

Dalam lapan tahun perpisahan itu, Kotomi terus berada dalam dunia sepinya. Dia dan buku-buku itu. Ilmu pengetahuan, isu semasa, teknologi, dan segalanya berkaitan dengan maklumat semuanya didalaminya tanpa teman di sisi. Agaknya, itu yang menjadikan dia jauh dari teman-teman sekelasnya. Akhirnya, dia keseorangan lagi di perpustakaan itu. Biarpun waktunya terisi dengan ilmu, tetapi, tiada kasih di situ.

Dan hari ini, dia bertemu kembali dengan Tomoya. Tetapi situasi pertemuan mereka berbeza. Tomoya sudah lupa akan dirinya. Dia dan Tomoya sudah menjadi orang asing sekali lagi. Tiada kegembiraan yang boleh Kotomi raikan. Namun, Tomoya masih dengan sikap lamanya itu. Suka membulinya, tidak pentingkan diri dan terlalu berterus terang. Tiada langsung perubahan mental berbanding Tomoya pada masa dahulu. Akan tetapi, jauh dalam kaca mata lelaki itu, derita Tomoya semakin menebal, menutup kegembiraannya untuk hari ini. Oleh sebab itu, Kotomi tak mampu berkata apa-apa mengenai persahabat mereka ketika masa kecil. Dia tidak mahu derita lelaki itu menghimpit lagi dengan kehadirannya. Tidak mengapa, cukuplah sekadar berjumpa, dan sekali lagi melihat kelibat lelaki.

Tomoya menggarukan kepalanya tidak gatal itu. Dia tidak dapat menumpukan perhatiaannya dalam pelajaran, kerana memikirkan gadis misteri itu. Baru sebentar tadi dia bertanya mengenai gadis itu kepada ketua kelasnya, Fujibayashi Ryou. Fujibayashi antara rakan-rakannya yang sedikit di sekolahnya itu. Fujibayashi Ryou ada seorang kakak kembarnya yang agak ‘ganas’, Fujibayashi Kyou yang suka melontarkan kamus ke arahnya.

“Fujibayashi, kamu tahukah ada seorang gadis yang selalu di perpustakaan dan menuang kelas?” Soal Tomoya, yang baru sahaja masuk ke kelas.

“Ah, dia ialah Ichinose Kotomi, pelajar genius dan paling pandai dalam sekolah ini.” Fujibayashi Ryou menjawab soalan itu spontan. Tiada gadis lain yang selalu berada di situ, kecuali gadis genius itu.

“Oh, pelajar genius….” Memanglah sifat Kotomi agak berbeza apatah lagi yang Kotomi merupakan seorang pelajar genius berbanding pelajar yang biasa sepertinya, tidak, lebih tepat lagi, pelajar yang bermasalah sepertinya. Tomoya ketawa kecil sendiri. Fujibayashi melihat sahaja telatah Tomoya dengan penuh kehairanan.

“Kenapa dengan awak, Okazaki-san?” Ryou memandang tepat pada Tomoya. Tomoya mengalih tumpuan kepada cerita lain pula.

“Oh, ya! Baru saya ingat………” Perbualan itu berterusan sehinggalah loceng berbunyi menunjukkan kelas akan bermula.

Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan, dia bergegas ke bangunan lama sekolah. Dia ingin berkunjung ke bilik kelab drama dan lakonan. Bukan dia beminat untuk menyertainya, tetapi dia ingin bertemu dengan gadis yang ditemuinya semasa datang ke sekolah pagi tadi. Dia agak tertarik dengan gadis itu kerana gadis itu unik baginya. Cinta? Tidak, ini bukan soal cinta atau kasih sayang.

Dia ingat lagi suasana pagi tadi. Seperti biasa dia akan melalui kawasan bukit. Dia bertemu dengan seorang gadis, yang agak comel, namun tidak diketahui namanya. Ketika itu, dia agak lewat, namun masih jua mengambil masa untuk ke sekolah. Dia rasa dia tidak punya masalah untuk datang lewat. Dia tahu, dia ialah pelajar bermasalah. Dia tidak punya apa-apa signifikan yang memerlukan dia berada di sekolah itu.

Anpan… (sejenis roti berinti kacang merah)” Kata-kata itu menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke arah suara itu.

“Huh?” Tomoya sedikit terkejut.

“Adakah kamu suka akan sekolah ini? Bagiku, aku sangat…. sangat menyukainya. Namun tiada satu pun ketika yang tidak berubah.” Monolog gadis itu bisa memainkan seribu persoalan. Tomoya tidak pernah melihat gadis itu. Kata-kata gadis itu bukannya dituju kepadannya. Mungkin dia sedang berkata-kata dalam hatinya.

“Kegembiraan dan keseronokan, segalanya tidak mungkin akan kekal dan akan berubah. Namun begitu, adakah engkau akan kekal menyayangi tempat itu?”

“Carilah kebahagian itu.” Tomoya memotong persoalan monolog itu. Gadis itu berpaling ke arahnya bagai mendapat suatu jawapan yang dicari-carinya.

“Bukankah lebih baik kamu mencari kegembiraan dan keseronokan yang akan mendatang nanti…?” Gadis itu terus membisu, bagai memikirkan sesuatu.

“Sudahlah, mari kita pergi…”Tomoya memulakan langkah, dan gadis itu mengekorinya, memanjat bukit yang tinggi itu, melangkah ke sekolah mereka.

“Huh…” Dia kembali ke dunia realiti, sambil memerhatikan gadis itu berdiri di hadapan pintu bilik kelab drama dan lakonan. Tomoyalah yang memberikan galakan kepada gadis itu untuk menyertai kelab tersebut apabila kali kedua dia bertemu gadis itu. Dan di situ jugalah dia mengetahui nama gadis comel itu, Furukawa Nagisa, pelajar yang mengulangi tahun tiganya kerana jatuh sakit.

“Hamburger…” Nagisa bermonolog lagi.

“Hamburger?” Soal hati Tomoya. Pada pertemuan pertama pagi tadi, dia juga mendengar Nagisa berbisik tentang nama makanan, Anpan, dan kali kedua dilihatnya gadis itu, Nagisa sedang memamah Anpan, sebagai makanan tengah harinya. Mungkin Hamburger itu ialah makanan malamnya.

Nagisa membuka pintu kelab itu, namun langkah Nagisa masih belum bermula. Bagaikan ada sesuatu yang menghalang di hadapannya. Tomoya pun segera menghampiri Nagisa. Rupa-rupanya, kelab itu sudah tiada lagi kerana dibubarkan. Bilik itu sekadar menjadi stor simpanan khazanah milik kelab drama terdahulu. Kelab itu ditutup kerana kekurangan ahli. Tiada seorang di sekolahnya pun berminat untuk menjadi pelakon memandangkan taraf sekolah itu merupakan sekolah elit yang terkenal. Tidak hairanlah mereka memandang rendah pada dunia lakonan ini. Tomoya memberikan kata-kata semangat, namun tidak mampu untuk membantu Nagisa secara terus. Dia rasa, lebih baik Nagisa berusaha sendiri dan cuba untuk mengembalikan kelab drama itu. Dia berjanji akan mencari ahli kelab untuk kelab drama. Dia ajukan perkara tersebut kepada Fujibayashi Ryou dan kakar kembarnya, Kyou, namun ditolak kerana tidak berminat.

Seperti biasa, dia akan ke bilik Youhei, untuk menghabiskan masanya. Okazaki Tomoya dan Sunohara Youhei merupakan dua nama besar pelajar bermasalah di sekolah itu. Biarpun mereka ini bukan pelajar yang pandai, mereka berjaya masuk ke sekolah itu kerana kecemerlangan ko-kurikulum mereka. Namun, terdapat masalah yang mengakibatkan Tomoya dan Youhei keluar daripada kelab sukan masing-masing.

Pada lewat malam barulah dia kembali ke rumahnya. Ayahnya sudah pun tidur, menjadikan dia lebih selesa untuk pulang. Ingatan pada Nagisa dan juga Kotomi. Namun, malam itu mimpinya didatangi oleh wajah sedih Kotomi. Dan ketika dia  cuba menghampirinya dalam mimpi itu, dia dikelilingi dengan ribuan rama-rama dan kupu-kupu cantik. Dia tak pasti petanda mimpi itu, walaupun igauan itu membangkitnya daripada lenanya.

“Ichinose Kotomikah?” Dia memandang sepi ke arah luar tingkapnya mencari jawapan mimpi itu. Yang ada hanyalah kegelapan malam…

Keesokannya, dia merancang untuk menuang kelas, kerana ingin bertemu dengan Kotomi. Dia meminta bantuan Fujibayashi Ryou untuk melindungnya daripada dikesan gurunya. Tomoya mahu merekrut Kotomi dalam kelab drama. Baru sebentar tadi dia dan Youhei bertemu dengan Sakagami Tomoyo, gadis yang baru berpindah dari sekolah lain yang popular dan juga sangat kuat, serta mengalahkan Youhei beberapa kali sepantas kilat. Youhei pada mulanya tidak percaya akan kekuatan Tomoyo, ditewaskan mudah lalu cuba membalas dendam beberapa kali tetapi gagal. Tomoya hanya sekadar melihat kawan baiknya itu dibelasah, tanpa sedikit belas kasihan. Memang padan muka Youhei.

Sempat juga Tomoya mempelawa Tomoyo untuk menyertai kelab drama, namun ditolaknya. Tomoyo mengatakan yang dia mahu menyertai pilihan raya presiden sekolah yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Oleh itu, dia mengalih perhatian kepada Kotomi pula. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri perpustakaan. Seperti biasa, pintu perpustakaan itu tidak berkunci. Dia memanjangkan pelihatan ke arah kelibat Kotomi, yang asyik membaca. Dia tersenyum lalu menghampirinya.

“Hei, Ichinose.” Tiada balasan.

“Ichinose-san.” Senyap. Tomoya kagum dengan fokus dan tumpuan Kotomi dalam pembacaannya. Sememangnya Kotomi merupakan pelajar genius.

“Hei, Ichinose Kotomi.” Tomoya merapati Kotomi, namun tidak diendahkan.

“Kotomi-san.” Tomoya bercangkung di depan Kotomi. Seperti biasa, tiada respon.

“Hei, Kotomi.” Tiada balasan juga.

“Kotomi-channn…” Tomoya menjerit lembut. Kotomi berpaling ke arahnya.

“Oo…” Kotomi menghadap Tomoya.

“Aku, Okazaki Tomoya daripada kelas 3-B. Kamu Ichinose Kotomi daripada kelas 3-A, bukan?” Kotomi tersenyum mesra mendengar kata-kata Tomoya.

“Mmm… Kamu eja Kotomi dengan tiga huruf hiragana.” Kotomi bersuara lembut.

“Ichinose Kotomi, bukan? Aku dengar kamu sangat popular di sekitar sekolah ini…” Tomoya memotong kata-kata itu.

“Kalau kamu mahu memanggil nama saya, panggillah Kotomi-chan…” Kotomi menyambung bicara yang cuba dihentikan oleh Tomoya.

“Bolehkah sekurang-kurangnya aku buang perkataan –chan itu?” Perkataan –chan ialah panggilan manja kepada sesiapa yang kita mesra. Dalam hal ini, Tomoya segan untuk bercakap menggunakan sebutan itu.

Kotomi mengangguk perlahan. Kemudiannya dia berundur sedikit daripada duduknya itu.

“Mahukah kamu membaca buku bersamaku?” Ujar Kotomi.

“Aku ke sini bukan untuk membaca buku…” Tomoya spontan berkata.

“Mmm… Hendak makan bento bersama?” Tomoya tawa kecil pada ajakan Kotomi. Namun, dia menerimanya juga.

“Hari ini aku mahu menjemput kamu menyertai kelab. Adakah kamu berminat dengan lakonan?” Kata Tomoya.

“Lakonan?”

“Aku sedang merekrut orang. Tidak mengapa jika hanya meminjamkan nama kamu untuk menambahkan ahli.” Tomoya mengunyah makanannya sambil berkata-kata.

“Nama?” Kotomi bersuara kecil.

“Tomoya-kun… Namamu memberi perasaan aneh pada saya. Tomoya (terhenti seketika) …kun.”

“Tidaklah, kamu tidak perlu terhenti seketika seperti itu…” Balas Tomoya yang agak keseganan itu.

Setelah habis menjamah makanan, dia pun bangkit daripada duduknya untuk beredar dari perpustakaan. Dia memandang ke arah Kotomo sambil berdiri tegak.

“Aku akan datang lagi, cubalah nanti kamu fikir-fikirkan, ya?”

“Tomoya-kun…”

“Kenapa?”

“Jumpa lagi…” Kata-kata Kotomi itu terus menimbulkan persoalan dalam dirinya. Namun, dia diamkan sahaja. Dia beredar dari perpustakaan itu.

Bagi Kotomi pula, dia gembira, bertemu dengan Tomoya lagi, biarpun sebagai kenalan yang baru….

kotomi2

Leave a comment