Pertandingan Berkarya 2009 Anjuran HN Harima

Tema               :           Cerita Biasa

Bilangan Ayat   :           Tidak terhad.

Bahasa             :           Bahasa Melayu sahaja dibenarkan.

Syarat-syarat :

  1. Pelajar bahasa Melayu Cikgu Hairie (Pusat Tuisyen PERFECTION [Rawang] , dan semua cawangan Pusat Tuisyen Ceria Maju).
  2. Boleh menghantar seberapa karya tetapi pemenang hanya dikira satu karya sahaja. Karya mestilah asli dan bukan diambil daripada bahan atau cetakan lain.
  3. Karya tidak mengandungi unsur berbaur lucah, tidak sopan dan penghinaan mana-mana pihak.
  4. Keputusan hakim adalah muktamad. Tiada perubahan akan dibuat selepas pengumuman pemenang.
  5. Pemenang MESTI masih berada di pusat-pusat tuisyen dinyatakan selepas pengumuman pemenang. Hadiah secara automatik dibatalkan jika pemenang bukan  lagi pelajar cikgu Hairie.
  6. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2010. Pemenang akan diumumkan pada pertengahan bulan FEBRUARI.

Hadiah-hadiah Pertandingan!

Tempat Pertama          : RM 100 + Hadiah Misteri + Sijil

Tempat Kedua            : RM 50  + Hadiah Misteri + Sijil

Tempat Ketiga            : RM 50  + Sijil

Peserta                        : Sijil Penyertaan (satu sahaja)

Cara menyertai.

  1. Taip pada ruangan komen dan hantar.
  2. Untuk rujukan, sila perhatikan pada ruangan bawah.

3 Responses to “~PERTANDINGAN BERKARYA~”

  1. Harima Says:

    CONTOH UNTUK ANDA

    NAMA : (Tulis nama anda- nama panggilan sahaja)
    TAJUK : (Tajuk cerita)

    Nama : HN Harima
    Tajuk : Pengalaman Malam

    Pada suatu hari, aku dan kawanku, Zakir berkunjung ke sebuah hotel antik di tepi pantai. Hotel itu terkenal dengan misteri dan sejarahnya. Di ruang lobi hotel tersebut terdapat sebuah bingkai gambar potret yang tergantung di situ. Potret tersebut ialah gambar wajah milik pemilik hotel terdahulu. Semasa kami merenungi potret itu, seorang pak cik yang agak berumur menghampiri kami.

    “Kalau kamu nak tahu, pada pukul 3 pagi, gambar potret tersebut akan bergerak. Dia akan mengenyitkan matanya.” Ujar pak cik itu, secara misteri.

    “Benarkah begitu?” Aku teruja mendengar cerita pak cik itu.

    “Siapa tahu?” Pak cik itu tersengih, menambahkan lagi rasa ingin melihat sendiri kejadian itu.

    Selepas mendaftar, kami dibawa ke bilik kami. Bilik kami tidaklah semewah bilik kelas pertama, namun, cukup selesa untuk diduduki. Selepas sahaja meletakkan bagasi kami di bilik itu, aku menghampiri Zakir yang masih sibuk memunggah bagasinya.

    “Kir, jom kita tengok gambar tu pada pukul tiga. Aku rasa pak cik tu nak menakutkan kita sahaja.” Aku menyatakan dengan penuh keyakinan.

    “Ah, nanti kalau apa-apa berlaku?” Zakir agak ragu-ragu.

    “Jangan bimbang.” Aku terus memujuk Zakir. Akhirnya dia bersetuju juga. Maklumlah, Zakir juga peminat kisah mistik, tidak hairan dia mahu juga turut serta.

    Kami ke lobi itu pada pukul satu. Ketika itu tiada sesiapa pun kelihatan di kawasan tersebut. Aku dan Zakir duduk di bangku berhadapan dengan gambar tersebut. Sememangnya wajah potret tersebut menyeramkan kami. Namun, kami kuatkan semangat. Jam berdetik menunjukkan pukul dua. Aku dan Zakir tetap bersabar menantikan peristiwa mistik itu untuk berlaku. Masa semakin berdetik. Jam aku sudah menunjukkan 2:30 pagi. Masing-masing semakin berdebar.

    Pada pukul enam pagi kami terjaga. Kami pun ke bilik untuk bersolat dan sambung tidur. Malang sekali kami tertidur tanpa menyaksikan peristiwa itu.

    Nota : Cerita anda mesti BIASA sahaja. Wujudkan saspens dan klimaks yang biasa. BIARKAN PEMBACA BERKATA, “LA…. BIASA SAHAJA!”

  2. eyza nabilah Says:

    ala saye pon nak ikut tapi bru tngok petandingan ni 2015 hehe
    syg nyerr hehe sye pena juare kt smk pela bkn rezeki (^_^)

  3. fakherullahzeahari Says:

    60.54.60.49 ialah ip saya.

Leave a comment