Aku, kau dan dia

Salam… Biasalah apabila ada-ada sahaja aku menulis , pastinya akan ada sesuatu yang ingin kusampaikan. Terpulanglah kalian untuk memahaminya atau tidak…

Kau, yang telah membaca boleh pertimbangkan tulisanku ini, itu pun kalau kaubaca. Kalau tidak, kau menjadi dia…

Usah tanya si dia. Dia belum membacanya. Kalau dia membacanya, maka aku dan dia menjadi seperti aku dan kau.

Maka, aku dan kau mulalah berkomunikasi. Soalan aku kepada kau mudah, apakah erti cinta kau pada si dia? Aku lihat kau mula berfikir panjang. Maka kau berkata, “Tersangat-sangat sayang.” Aku ketawa kecil. Kalau begitu, kau sayanglah si dia. Kau ketawa kecil tetapi gembira apabila aku berkata mengenai dia.

Kau mengangguk yakin, tetapi aku menyoal lagi, “kalau dia tidak sayang akan kau?” Gusar. Kau cuba mencipta erti sendiri, yang dia sayang akan kau. Formula kau berkecamuk, tetapi aku tahu akan setianya kau pada dia. Sekali lagi aku ketawa dan mulut ini masih bertanya pada kau.

“Kau pasti?” Kau senyap sebentar. Bagaimana hendak membuktikan kesahihan pandangan kau. Sedangkan dia tak pernah berkata apa-apa pada kau, dan juga aku.

Kau kata nanti kau tanya dia. Akan tetapi, kalau kau tanya dia, maka aku dan kau tidaklah bererti di sini? Bukankah ini akan mengubah status kita… Aku menjadi dia, kau menjadi aku, dan dia menjadi kau.

Maka berkitarlah kata-kata aku, kau dan dia.

Kau pening? Aku dah katakan. Perkara ini hanyalah antara kau dan aku. Kalau dia yang kau bicara, maka aku akan menjadi si dia…. dan kau menjadi aku…