December 2009


Lambaian tangan itu,
Bukan untuk pemergian,
Kerana datangnya nanti,
Sesuatu yang baru,
Untuk disambut….

Senyuman dan tangisan,
Bahagia dan duka,
Semuanya akan disatukan,
Untuk masa ini,
Yang akan berakhir….

Mahukah kamu kemalaran,
Atau dibelenggu kemunduran,
Yang merugikan hatta kepapaan,
Semalam kuubahnya lebih baik,
Doaku untuk hari ini….

Nyanyian merdu gemersik,
Kadang kala untuk Maha Pencipta,
Tapi banyaknya untuk kealpaan,
Sesekali lara dan mungkar menyesatkan,
Hari yang baru untuk mereka….

Melodi lama dan baru,
Tahun-tahun yang berlalu,
Dan kini bisa menerpa sudah,
Untuk hadhari kekitaan,
Menuju kecemerlangan…..

Advertisements

Salam kepada anda semua! Kini saatnya bermula untuk kalian berkarya! Tema karya anda ialah cerita yang sangat BIASA! Bagaimana? Anda boleh merujuk pada ruangan PERTANDINGAN KARYA untuk melihat bagaimana caranya untuk menulis cerita yang sangat BIASA.

Syarat dan terma pertandingan hendaklah dirujuk pada ruangan PERTANDINGAN KARYA dan haruslah merupakan karya yang original.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai serta sijil penyertaan!

Apa tunggu lagi? Sertailah.